Asam keping baru dapat SMS - (Short Message Service) dari Bank menyatakan akaun telah dikreditkan sejumlah bayaran. Oleh kerana akaun ini asam keping tidak gunakan untuk sebarang transaksi perniagaan, jadi dalam hati tertanya-tanya duit apa pula yang masuk.
Jadi terus login ke perbankan internet dan lihat history transaksi . Transaksi seperti di bawah.
Transaksi dari REV Social MY Sdn. Bhd berjumlah RM49. Jadi barulah dapat tahu bahawa ini adalah income dari website 8share.my yang asam keping join. Dah lama join baru pertama kali dapat income. :)
8share ini dahulu dikenali sebagai Says . Apa itu 8share?
8Share ialah satu laman web pengiklanan yang dipercayai oleh pengguna laman sosial.
Bagaimana anda menjana income dengan 8share?
Anda akan menjana pendapatan dengan hanya share advertiser link yang diberikan oleh 8share. Setiap klik yang datang dari pelawat yang unik, anda akan menjana income sebanyak RM0.20 .
Macam mana nak dapat duit dengan 8share?
Senang je. Mula-mula kena daftar dulu dengan 8share.
1. Kemudian pilih mana-mana kempen dalam list 8share.
2. Klik kat kempen tu.
3. 8share akan beri satu link untuk dipromosikan.
4. Copy link dan paste link tersebut @ promosi di twitter atau boleh juga klik je button share dan tweet yang dah
ada kat website 8share. boleh juga share di blog-blog yang anda biasa baca.
Kalau sesiapa klik iklan tersebut, anda akan dapat RM0.20. Harus diingat 8share kini tidak lagi menerima sebarang klik dari facebook. Ini disebabkan terdapat aktiviti bertukar-tukar klik dan cara lain yang tidak sah digunakan bagi mendapatkan klik.
Oleh itu, share dengan berhemah. :) Gunakan medium yang disediakan atau gunaka blog anda sendiri sebagai medium untuk kongsikan link-link tersebut.
Selamat berjaya.
07 November 2014
Income dari 8share dah masuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment