Blog Asam Keping

Blog Asam Keping sebuah blog perkongsian petua-petua orang lama, berita terkini berkenaan gajet, berita semasa, kisah pada zaman dahulu, tips internet, dunia it dan pelbagai lagi.

Breaking

15 October 2022

11:11 PM

Tanda-Tanda Lelaki Suka Anda Dalam Diam.

Kadang kadang kita rasa macam dia suka kat kita. Tapi takde pulak dia tunjuk yang dia suka atau kita je yang perasan? hihi. Atau kadang kadang kita yang buta tak nampak yang diorang bagi signal. So, hari ni aku nak share sikit. Kot kot ada tanda-tanda tu dekat diri korang ke? Jom baca apa yang aku nak rungkaikan!

img : nicknashram.com



Pertama!

Manusia ni tak boleh lari dari keinginan untuk pandang benda yang dia suka. Even kita ni nerd atau pemalu yang amat, usaha terakhir kita mesti cuma memerhatikan orang yang kita suka dari jauh. Kan kan? Hei tak kan tak pernah usha intai intai crush kot. Tipu lah! So kalau korang perasan ada sorang mamat ni dok asyik curi curi pandang tu, you better watch out. Sama ada dia tak puas hati atau dia suka. Hahaha. dan biasanya bila kita tangkap dia curi pandang kita, dia akan cepat cepat pandang lain. Ataupun bila kita tegur dia taknak mengaku atau cakap kita perasan.



Kedua!

Lelaki yang suka dekat kita ni selalunya diorang akan layan kita kasar kasar. Sebab dengan cara tu je diorang boleh datang dekat kita. So kalau dalam kelas tu tetiba ada sorang tu tak pernah layan korang baik baik, ada sebab lettew. Tapi bila ada laki lain buli korang, dia akan protect korang.

Ketiga!

Diorang ni jugak sanggup buat apa je bila kita mintak tolong. Atau bagi apa je yang kita mintak. Even barang yang paling dia sayang and tak pernah bagi orang lain sentuh pun, kalau kita yang mintak, Insyaallah dapat. Haha.



Keempat!

Tanda paling jelas sekali ialah bila kawan kawan dia yang mula mengejek ngejek korang berdua. Dan di saat kita beria ia menafikan, si lelaki tu boleh buat ilek je. Buat tak tahu macam tak ada apa apa. Atau muka dia jadi malu malu dan semacam suka je.

Kelima!

Si lelaki ni akan cuba sedaya upaya untuk jauhkan korang dari lelaki lain. So kalau korang tengah gurau gurau atau borak borak dengan lelaki lain tetiba dia menyampuk atau ajak laki tu pergi tempat lain, atau ape je lah.



Keenam!

Bila korang tetiba tak ada dekat dalam kelas or kat mana mana, dia mesti akan tercari cari and tanya kawan kawan mana korang pergi.

Ketujuh!

Mereka selalu buat benda benda bodoh dan memalukan diri depan korang.



Kelapan!

Selalunya diorang akan buat macam macam lawak semata mata untuk tengok korang ketawa.

Kesembilan!

Bila korang kutuk dia depan lelaki lain, dia akan jadi sangat marah. Tapi dia tak akan sergah korang, dia just diam and bagi jelingan maut je. Chewahh..tercabar kot kena kutuk dengan crush sendiri. haha.



Kesepuluh!

Selalunya bila time balik dari sekolah or office or senang katanya berpisah la, dia mesti akan tengok korang balik dari jauh. Kalau ada dia serius tergila-gilakan korang ok! haha

Kesebelas!

Bila anda ceritakan dekat si lelaki ni tentang lelaki yang anda suka, dia akan diam je. Ataupun dia akan buruk buruk kan lelaki tu.

Kedua Belas!

Last, bukti kukuh lelaki tu suka korang, bila dah terkantoi yang dia suka anda, dia akan sebolehnya cuba mengelak dari anda. Bila bertembung tengah jalan tu dia mesti akan terkejut and cepat cepat pusing balik. Bila berdepan pun jadi kekok dan malu malu je. Dah sah la tu. Tapi jangan confuse pulak. Ada sesetengah lelaki mengelak dari korang sebab tak tahan korang asyik menggedik bila jumpa dia. Hahaha.


p/s: Ramai betul calon mencari jodoh daftar di Baituljannah. Kerjaya pun mantap. Korang yg single tu, sila daftar cepat https://baituljannah.cc/lamancarijodoh

Sumber : redaksi.my



12 October 2022

10:22 PM

Suka Sakat Suami Ketika Ada Wuduk, Antara Gurau Senda Yang Membahagiakan.

Bergurau senda ini sememangnya menyeronokkan, buat sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi jika orang itu adalah orang yang kita sayangi. Bergurau senda ini nampak macam perkara remeh sahaja dalam perbuatan harian, tetapi sebenarnya besar juga kesannya dalam satu perhubungan. Mana tidaknya, sikap bergurau senda ini mampu menambah keeratan dalam perhubungan.

Biasanya kita lihat suami dan isteri lah yang akan lebih kerap bergurau mengenai air wuduk ini. Mana tidaknya, jika tersentuh kulit antara satu sama lainkan akan terbatal. Sudah pasti lah menyeronokkan melihat muka pasangan mencuka kerana perlu ambil semula wuduk.




Mari kita baca sedikit nukilan daripada Zureiny Zulkafly, mengenai perkara ini.

BILA SUAMI ADA WUDUK…

Bila jadi isteri ni kan, time paling gempak nak sakat suami bila dia ada wuduk.

Best giler masa tu. Macam mak sakat anak-anak.

Suami ni memang akan usaha sedaya upaya mengelak. Si isteri pulak gigih cari jalan nak mengusik.

Part yang seronok tu bukan sebab berjaya batalkan wuduk dia.

Bukan niat pesongkan suami daripada amal ibadat dia tapi masa tu la si isteri ni boleh nampak macam mana teguhnya si suami ni tadi pertahankan wuduk ni sebab nak solat.



Kelakar bila tengok muka si suami yang lari daripada si isteri sebab nak selamatkan wuduk dia.

Si suami ni tak akan marah. Paling jauh dia akan cakap, "Abang nak solatlah." Yang si isteri ni duk tersengih-sengih.

Tapi siaplah. Lepas dia selesai solat, memang dia akan balas dendam. Memang terjerit-jerit si isteri tu tadi sebab kena sakat balik.

Dapat suami macam tu, jaga dia baik-baik.

Macam mana dia jaga wuduk, dia jaga solat In shaa Allah dia akan jaga isteri dan keluarganya dengan sebaik cara.

Saya dah tak merasa semua tu. Rindu nak sakat arwah suami lagi. Dah lama tak ketawa sebab seronok usik dia. Sesekali datang kenangan tu, hanya air mata menemani saya.

Semoga Allah sentiasa jaga cinta dan rindu saya pada dia.

Setiap kenangan bergurau senda ini pasti menjadi ingatan buat sesiapa sahaja apabila berjauhan. Jadi apabila masih ada depan mata ini, banyakan bergurau agar hubungan lebih erat.

Sumber : redaksi.my

Ramai betul calon mencari jodoh daftar di Baituljannah. Kerjaya pun mantap. Korang yg single tu, sila daftar cepat https://baituljannah.cc/lamancarijodoh

4:30 PM

Bila Isteri Mengadu Penat, Suami Kena Lakukan 6 Perkara Ini. Mari Ikutinya.

Menjadi seorang wanita, ibu dan isteri ini sememangnya memenatkan. Tambah-tambah lagi jika dirinya adalah wanita yang berkerjaya, mana nak uruskan rumahtangga lagi, mana nak urus hal kerja lagi. Jadi kehidupan seharian wanita seperti ini sudah semestinya akan sentiasa sibuk.

Jadi apa yang harus seorang suami perlu lakukan untuk membahagiakan si isteri seterusnya meringankan beban mereka ini. Sudah pasti lah menghulurkan sedikit bantuan kepada para isteri. Bagaimana? Mari ikuti perkongsian daripada Shaza Baharuddin 6 cara suami bantu redakan tekanan isteri.



Catatan Shaza…

Setiap isteri pasti merasa tertekan apatah lagi bagi mereka yang bekerjaya. Begitu juga dengan suri rumah yang terpaksa membuat pelbagai kerja seawal membuka mata sehinggalah ketika masuk tidur. Bak kata orang, kerja suri rumah tidak pernah habis.

Saya juga tidak terkecuali maka saya hasilkan buku bertajuk 99 Stress Free Wife. Buku yang menceritakan kisah-kisah geram dengan kerenah suami namun di sebaliknya ada pengajaran yang tersirat. Namun perlu diingati, suami tetap perlu dihormati. Stress ala-ala manja sahajakan.



Bila isteri tertekan, apa yang perlu suami lakukan? Ada pelbagai cara suami boleh meredakan tekanan isteri, antaranya ialah :

1. Bawalah isteri berjalan-jalan. Sekali seminggu apa salahnya. Pergi ke tasik, tengok wayang, bawa pergi berkelah, kalau tiada bajet ajak ke pasar malam pun sudah menggembirakan hati isteri. Jika ada duit lebih, setiap dua bulan duduklah di hotel, bak kata orang berhoneymoon.

2. Jika berkesempatan suami bawalah anak-anak ke taman pada waktu petang. Main bola dengan anak-anak. Temani anak-anak perempuan bermain buaian. Berikan masa untuk isteri berehat, 'me time'. Biarkan si isteri melayan perasaan menonton drama di waktu petang.

3. Bawa berbincang dengan suami apabila ada isu. Jangan biarkan isteri memendam rasa. Tadahkan telinga mendengar celoteh dan bebelan isteri tentang kenakalan anak-anak. Tetapi, janganlah pula ikut sama membawang dengan isteri.

4. Tolong kerja-kerja isteri. Cuci pinggan, jaga anak, kemas meja dan sebagainya. Musim hujan ni apa kata tawarkan diri pergi ke kedai dobi untuk membasuh baju. Ala, buatlah apa-apa kerja di rumah pun, isteri pasti suka.

5. Mohon pada suami jangan bawa masalah kerja ke rumah. Rumah adalah tempat berehat. Ceriakan isteri. Biar dia gembira dengan kepulangan suami. Sentiasa bergurau dengan isteri, buat lawak walaupun punchline hampeh.

6. Berilah isteri rehat seminggu sekali. Bagi isteri off day untuk sehari. Bawa dan belanja isteri makan di luar. Tanyalah selera isteri.

Sebenarnya banyak cara seorang suami boleh membahagiakan isterinya. Hargailah pasangan ketika mereka masih ada. Kita berkahwin untuk bahagia, bukannya untuk menderita.

Kena bijak menangani tekanan.

Semoga perkongsian ini membantu para semua untuk meringkan beban isteri. Tak susah pun nak lakukan 6 perkara ini.

Sumber : redaksi.my 

Yang sedang mencari jodoh, memang rekemen daftar di Baituljannah. Dah ramai betul yang jumpa jodoh di sini https://baituljannah.cc/lamancarijodoh


1:30 PM

9 Ciri Lelaki Setia. Setiap Wanita Mesti Ambil Tahu!

Nak tahu ciri-ciri lelaki yang setia? Anda boleh menilai daripada perlakuan si dia.

Kredit : kupang.tribunnews.com

Ciri-ciri lelaki setia sebenarnya boleh diketahui dengan mempelajari perwatakan dari lelaki itu sendiri. Sememangnya lelaki yang setia itu selalu menjadi idaman para wanita kerana lelaki seperti itulah yang akan menjadi seorang pemimpin yang baik dalam keluarga.

Oleh itu, sangat penting untuk kamu mengetahui ciri-ciri seorang lelaki yang boleh berlaku setia.

Beberapa tinjauan (survey) telah dijalankan terhadap beberapa pasangan dengan cara menemuramah beberapa pasangan, berikut adalah merupakan kesimpulan yang dibuat mengenai ciri-ciri lelaki setia dan bertanggungjawab.

Mampu Mengendalikan Emosi

Kebiasaannya, setiap lelaki akan memiliki egonya tersendiri yang boleh membuatkan mereka menjadi emosional. Namun lelaki yang setia memiliki kemampuan yang lebih untuk mengawal emosinya kerana takut untuk melukai hati pasangannya.

Di saat dirinya sedang marah, dia akan tetap menunjukkan emosinya namun tidak secara keterlaluan. Lelaki seperti ini masih mampu memilih kata-kata yang sesuai digunakan di saat dirinya dilanda kemarahan.

Menghormati Wanita

Lelaki setia selalunya sangat menghormati wanita. Dia tidak meletakkan wanita itu di posisi lebih bawah darinya, bahkan dia juga sentiasa berusaha mendengar dan menghargai pendapat setiap wanita meskipun perkara tersebut sangat berbeza dengan prinsipnya. Perkara ini mereka lakukan semata-mata untuk melihat pasangannya selalu bahagia.

Tidak Mungkir Janji

Lelaki yang sentiasa menepati janjinya adalah antara ciri penting seorang lelaki yang setia terhadap pasangannya. Kemungkinan ada ketikanya mereka tidak dapat memenuhi janjinya, namun kebiasannya mereka hanya memungkiri janji apabila sudah berusaha sedaya upaya dan ada sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Apabila mereka terpaksa memungkiri janji, mereka akan berusaha untuk berkomunikasi dengan pasangannya dan meminta maaf dengan bersungguh-sungguh.

Tidak Dahaga Perhatian

Lelaki yang setia itu kebiasaannya tidak memerlukan perhatian yang berlebihan kerana baginya dia hanya memerlukan perhatian seorang wanita sahaja iaitu pasangannya. Lelaki ini tidak akan pernah berusaha untuk menarik perhatian dari wanita lain ataupun mengharapkan pujian dan sanjungan orang lain.

Bagi lelaki seperti ini, mereka sudah cukup berkeyakinan dengan berada dekat dengan pasangannya.

Ada Sewaktu Diperlukan

Lelaki yang setia akan sentiasa membantu di saat kamu sedang menghadapi kesulitan. Sekiranya mereka berada di tempat yang jauh, mereka akan tetap berusaha untuk menelefon sekadar untuk mengetahui keadaan dan memberikan pendapat untuk membantu menyelesaikan masalah kamu.

Lelaki yang setia biasanya merupakan orang yang pertama yang akan peduli terhadap setiap masalah yang dialami  oleh pasangannya.

Bersyukur

Sentiasa bersyukur adalah salah satu ciri penting seorang lelaki yang setia, kerana mereka akan merasa sangat bersyukur setelah memiliki kamu. Ciri ini akan membuatkan ia tidak berlaku curang dalam urusan cinta.

Meskipun ada ketikanya mempunyai masalah dalam perhubungan, lelaki seperti ini akan tetap berusaha untuk berfikir tenang dan tetap mempertahankan perhubungannya.

Berkeyakinan dan Bertanggungjawab

Lelaki setia sentiasa berkeyakinan bahawa mereka boleh mengatasi setiap masalah yang mereka hadapi. Lelaki seperti ini sentiasa arif akan apa yang harus dia lakukan dalam hidupnya dan tidak mengenal erti putus asa apa lagi menyerah kalah,

Lelaki setia juga sentiasa bertanggungjawab terhadap apa yang dia lakukan.

Jujur

Kejujuran merupakan elemen yang sangat penting bila mengatakan tentang ciri lelaki yang setia. Lelaki setia tidak pernah mempermainkan perasaan pasangannya.

Kejujuran ini boleh dilihat melalui aktivitinya setiap hari, contohnya apabila mereka tidak merasa keberatan sekiranya telefon atau akaun media sosialnya diperiksa oleh kamu. Selain itu mereka juga tidak kisah sekiranya kamu mahu menemaninya dalam melakukan aktiviti harian.

Matlamat Hidup

Akhir sekali, lelaki setia adalah mereka yang mempunyai matlamat hidup secara jelas. Mereka boleh menceritakan dengan terperinci mengenai cita-cita dan pencapaiannya dalam jangka pendek mahupun panjang. Kamu juga sudah tentu mahu masa depan yang cerah bersama lelaki yang kuat berusaha dan tahu ke mana arah tujunya bukan?

 

Nak kawin tapi takde calon, taktau nak cari kat mana. Dekat Baituljannah dengar cerita ada ramai calon. Jom daftar https://baituljannah.cc/lamancarijodoh

Sumber : Redaksi.my

11 October 2022

10:31 PM

15 Perkara Paling Seronok Kahwin Ketika Usia 20-an

Bagi yang memilih untuk berkahwin muda, mungkin ini antara perkara yang anda dan pasangan rasakan.

Kredit : pesonapengantin.my
1. Anda sudah jumpa seseorang yang kenal dan tetap menyayangi anda di saat anda masih belajar tentang hidup dan dalam proses menjadi matang.

2. Ada 'kick' yang lain daripada dating. Anda berdua tahu yang anda berdua bersama bukan sahaja untuk getaran cinta, tapi untuk sama-sama menggalas tanggungjawab yang datang bersama. Tapi sebab anda ada pasangan yang dicintai dan mencintai anda, semua benda jadi lebih seronok dan mudah.

3. Bila anda rasa sedih atau 'down', anda seperti ada penyorak sendiri. Contohnya: "Seperti Malaysia, baby pun boleh!" "Sayang dungibap!" "You are still the best!" "Abang, shine bright like a diamond!



4. Keluarga anda tidak akan asyik mahu carikan jodoh untuk anda. Sebab dah kahwin pun.

5. Anda berdua belajar bersama tentang perkara-perkara yang penting untuk menguatkan dan mengekalkan hubungan anda berdua, bersama-sama.

6. Anda penat macam mana pun (lebih-lebih lagi baru mahu meningkat naik dalam karier), bila balik nanti pasangan anda ada di rumah.

7. Masa kawan-kawan anda sedang sibuk bercerita tentang masalah hubungan mereka dan kekasih atau orang yang mereka baru hendak kenal, anda rasa bersyukur sebab anda dan
pasangan sudah melepasi fasa itu.

8. Ada seseorang yang selalu mengingatkan anda yang anda disayangi.

Kredit : Wattpad



9. Anda dan pasangan menghadapi cabaran hidup perlahan-lahan bersama-sama dan mengajar satu sama lain.

10. Kawan baik, buah hati, 'partner in crime' - semua dalam satu.

11. Apabila hubungan sudah stabil, anda boleh fokus dalam memantapkan kerjaya.

12 Walaupun perkara kecil, tapi sekarang anda boleh buat aktiviti seharian dengan ada peneman. Lagi seronok dan bersemangat basuh baju, kemas rumah, beli barang dapur etc.

13. Kalau rasa seperti mahu dating tapi rasa malas nak bersiap atau keluar atau mungkin juga tengah tiada bajet, anda dan pasangan boleh lepak tengok movies di rumah saja.

14. Anda boleh jadi diri anda sendiri sepanjang masa. Bila tengah geram ke, bila sakit perut ke, bila rasa gembira ke, bila rasa malas ke, bila rasa tak mahu mandi lagi ke, tak apa.



15. Mungkin ada kawan yang cakap "Mudanya kahwin. Sayangnya." Tapi anda sendiri lebih suka dan selesa begini. Dan tak menyesal pun.

Anda mencari pasangan ? daftar segera => https://baituljannah.cc/lamancarijodoh

Sumber : redaksi.my

10 October 2022

9:47 AM

Tanda-Tanda Lelaki Sayang Pasangannya. Namun, Banyak Wanita Tidak Faham!


 Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun lelaki, dia akan mengalirkan airmata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untukmu itu. Sekiranya kamu menyedari teman lelakimu itu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu demi kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak salah memilih teman hidup. Situasi ini sudah terang-terangan menjelaskan perkara sebenar.

Dia bukanlah seorang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa membuat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya si dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan suatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya.

Padanya, sudah menjadi tanggungjawab untuknya membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur. Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang disayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi hubungan antara kamu.

Jadi terbukalah hati untuk menerima tegurannya, yang baik dijadikan teladan yang buruk kita lupakan... Jika hati sudah sayang, maka macam-macamlah yang akan kamu fikirkan termasuklah bimbang takut akan kehilangannya. Begitu juga bila teman lelakimu menyatakan dia selalu memikirkan dan merisaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu memikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.

Setiap saat baginya amatlah bermakna ditambah dengan kerisauan yang melampau, sedangkan kamu senang hati memikirkan "aku hot, cantik, ramai lagi lelaki didunia ini"...Kalau boleh biarlah sesuatu perhubungan itu kejinjang pelamin, barulah berbaloi!


Ia kelakar, tapi itulah hakikatnya apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian darimu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, cubalah memujuknya. Jangan pula kamu sangka sifat manja si dia itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berpewatakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja...percayalah

Kamu menghadapi masalah dan orang pertama datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya...

Kamu memberitahunya yang kamu akan pergi ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba si dia menjadi menggelabah dan tidak menentu, kamu boleh lihat reaksinya ketika itu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya...

Sekiranya teman lelaki kamu sentiasa bertanyakan "awak masih sayang saya??" Jangan anggap persoalan itu sesuatu yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur. sebab itulah kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia mahu kamu sentiasa ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya, walaupun belum mempunyai ikatan sah, ia sebagai dorongan kepadanya agar lebih bersedia dan bersemangat memulakan hidup bersama kamu...

Si dia sanggup menitiskan airmata demi kekasihnya...Bukan senua lelaki sanggup menitiskan airmata untuk seorang wanita. Tidakkan kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu?? Kasih sayangnya pada kamu melebihi segalanya, sayang pada manusia lain dengan sayang kepada tuhan, sayang kepada agama. Kamu akan menyesal dengan ketulusan hatinya sekiranya kamu menolak cintanya, kerana airmata lelaki umpama sebutir berlian, hanya kehangatan melampau sahaja yang mempu mencairkannya.

Manusia tidak ada yang sempurna, samalah juga teman lelaki kamu, tidak lari dari buat silap dan kadang-kadang buat kamu kecik hati. Tapi kalau si dia nak berubah adalah satu perkara yang baik dan kamu perlu sokong dia. Berilah masa dia untuk berubah. Nak berubah ni bukan senang tapi kalau dia berubah demi untuk kebahagiaan kamu, itu suau perkara yang baik. Janganlah kamu mencari pengganti si dia semata-mata kamu kecik hati dengannya..Dan kamu pasti ke pengganti si dia itu mampu membahagiakan kamu??

Dan pengorbanan paling besar sekali gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu, adalah betapa si dia lebih mementingkan dirimu daripadanya sendiri. Apa yang dilakukan adalah semata-mata untuk kamu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dengannya. Jadi hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki.

Kesempurnaan sukar dicari, tetapi ketulusan akan dapat diberi sekiranya kamu juga benar-benar tulus menyayanginya...

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari penggantinya, alasan kamu dah tak serasi dan dah tak ada hati, dah tawar hati.

Kamu pula macam mana? Adakah kamu itu tidak pernah buat silap? Adakah kamu tidak pernah sakitkan hati pasangan kamu? Adakah kamu ini setaraf dengan Siti khadijah? Setulus Zulaikha? Sekuat Sumaiyyah? Semulia Aisyah??? Jangan biarkan ego menguasai perasaan kalau kamu tidak pasti akan menyesal suatu hari nanti..
Kamu sering menyalah lelaki bahawa lelaki lah paling kuat egonya..Walhal manusia semua sama, ada perasan itu dalam setiap diri masing-masing. Adakah kamu perasan yang kamu itu sendiri terlalu ego?? Mungkin pasangan kamu tidak sempurna, tapi kalau kamu dapat merasai keikhlasannya itu lagi baik. Dan keikhlasan itu tidak boleh dilihat, tetapi boleh dirasa dengan hati..

Tuhan menciptakan lelaki dan wanita untuk berpasangan, bukan untuk menyakiti dan disakiti. Sebaiknya kita redha dan tawakal atas segala dugaan dan cabaran dalam melalui hidup bersama pasangan. Kita yang memilih jalan itu, bukannya dipaksa. Kita beruntung kerana memiliki daya penarik yang berjaya menambat hati kekasih hati kita, sekiranya kesempurnaan yang dicari semata-mata untuk hidup bahagia, kita akan kalah dalam percintaan dan kita akn sentiasa berada ditahap terbawah..

Jangan beri harapan kalau hati kita tidak sukakannya, lebih baik berterus terang dari terus mencemarkan kita sesama umat manusia.


Anda masih mencari pasangan hidup? Daftar segera https://baituljannah.cc/lamancarijodoh

24 April 2015

8:30 AM

Pemandu teksi pegang rekod selfie terbanyak

SHENYANG - CHINA. Seorang pemandu teksi memegang rekod selfie terbanyak di China selepas mengambil 30,000 foto selfie bersama penumpangnya.

Menurut Dailymail, Teng Jiazhi, ilham selfie lahir selepas terdapat penumpang yang mahu memberikan 'tip' selepas menaiki teksi beliau.

"Saya tak ambil tip," kata Teng yang berumur 58 tahun.

"Jadi penumpang tersebut tawar ambil gambar selfie, jadi saya pun turut serta. Itu selfie saya yang pertama," jelasnya lagi.

Sejak itu, Teng yang mula bekerja seawal jam tiga pagi mula menyimpan kamera dan menangkap beribu-ribu gambar penumpangnya yang gembira dengan tawaran selfie beliau.

Beliau kemudian mengkongsikan selfie yang diambil ke laman sosial popular Weibo dan mula dikenali ramai.

Terdapat penumpang yang mengatakan Teng mempunyai senyuman yang manis.

"Apa salahnya hidup gembira setiap hari?

"Saya akan cuba menghiburkan penumpang saya melalui perbualan, menyanyi atau membuat lawak supaya mereka juga gembira," kata Teng.

Sumber : www.sinarharian.com.my

12 April 2015

7:31 AM

Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa menunggu hampir tiga minggu lagi untuk mengetahui nasibnya berhubung kes dopingnya itu.

Ini kerana, tiga ahli panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mengadili kes beliau belum membuat sebarang keputusan mengenai nasibnya walaupun sesi pendengaran yang berlangsung secara tertutup di Hotel Sheraton Amsterdam semalam memakan masa selama lapan jam.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi Twitternya semalam memaklumkan itu selepas menerima perkembangan kes tersebut daripada Chong Wei.

"Dapat perkembangan terkini dari @LeeChongWei di Amsterdam. Pendengaran lembaga tatatertib BWF selesai. Keputusan dalam tempoh tiga minggu. Sekarang hanya menunggu...," tulis Khairy.

Khairy juga berpendapat tempoh tersebut terlalu lama untuk ditunggu baik Chong Wei mahupun peminat tanah air.

"Tempoh menunggu yang lama," tulisnya.

Chong Wei tiba di Hotel Sheraton, Amsterdam kira-kira jam 9.24 pagi Sabtu ditemani Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh untuk sesi pendengaran di hadapan tiga panel bebas BWF.

Bekas pemain nombor satu dunia itu berdepan hukuman penggantungan selama dua tahun kerana gagal melepasi ujian doping sewaktu menyertai Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos tahun lalu.

Sampel air kencing Chong Wei didapati positif menggunakan bahan terlarang, dexamethasone.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my

25 January 2015

8:28 AM

7 Cara Nak Kurus Paling Cepat

Cara paling asas untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengurangkan pengambilan kalori. Jika anda dapat mengurangkan pengambilan kalori dan membuat senaman yang betul tidak mustahil anda dapat membakar 500 kalori setiap hari.

Untuk mengurangkan kalori dan mendapatkan cara kurus dengan cepat anda boleh ikuti cara berikut :

1. Gerakkan kaki.
Untuk beberapa hari, cubalah berjalan setiap kali anda menjawab panggilan telefon, turun tangga pejabat dan sebagainya. Cara ini dapat membantu anda mendapatkan badan yang langsing dengan cepat.

2. Mulakan dengan kacang
Tidak tahan godaan, makanlan kacang. Ia mengandungi lemak untuk jantung yang sihat. Satu auns kacang panggang mempunyai 175 kalori atau 2 genggam pistachios mempunyai 159 kalori.

3. Jangan makan depan tv.
Menurut kajian University Of Massachusetts, apabila anda makan sambil menonton televisyen, ia akan menambah kepada 288 kalori. Sebaiknya makanlah di meja makan.

4. Kurangkan hidangan salad
Memang hidangan salad baik untuk kesihatan tetapi terlalu banyak hiasan salad seperti keju, kacang atau buah-buahan boleh menambah kalori dalam salad tersebut.

5. Pinggan lebih kecil
Biasanya apabila anda menggunakan pinggan yang besar, anda akan memastikan semua jenis makanan berada dalam pinggan anda. Jadi mulai hari ini, gunakanlah pinggan yang kecil kerana ia akan membuat anda mengambil kurang 20%-25% jumlah makanan anda.

6. Krim minuman yang sihat.
Menikmati hidangan petang yang sihat dengan minuman kegemaran anda. Namun hidangan berasaskan kopi mengandungi 670 kalori. Cubalah menikmati minuman yang mempunyai 30 kalori sahaja.

7. Bekas kecil untuk snek.
Jangan sesekali makan snek dari bekas atau kotaknya. Kerana ia akan membuatkan anda makan sehingga habis dan kosong.

24 January 2015

9:11 AM

Punca Keputihan dan Cara Mengatasi Keputihan

Terdapat pelbagai penyebab atau punca keputihan. Antara 3 punca keputihan utama adalah.

1. Kebersihan

Kebersihan di bahagian sulit wanita sangat penting. Seandainya dipandang enteng elemen itu, ia akan mengundang masalah keputihan. Berjaga-jaga dengan kelembapan di bahagian itu agar ia tidak mengundang bakteria patogen.

2. Stres

Ada ketikanya kita tidak dapat mengelak daripada stres. Perubahan hormon yang berlaku pada waktu itu akan menimbulkan masalah keputihan.

3. Ubat-ubatan

Pengambilan ubat-ubatan sememangnya bertujuan bagi mengatasi pelbagai masalah. Namun dalam keputihan, penggunaan beberapa jenis ubat terutamanya antibiotik tidak begitu digalakkan.

Cara Mengatasi Keputihan

Pastikan anda mandi mengikut waktu dan gunakan sabun mandi yang bersesuaian dengan kulit.

Elakkan menggunakan vaginal douche (pembersih) kerana ia sebenarnya yang mengubah pH vagina.
Jika masih mahu menggunakannya, pastikan kandungannya tidak mengganggu pH sekitar vagina. Seelok-eloknya cari pembersih yang berasaskan susu. Ia tidak sahaja menyeimbangkan pH vagina malah mengelak pertumbuhan bakteria.

Pastikan seluar dalam diganti setiap hari dan ia benar-benar bersih. Ia seharusnya bersih dan jangan sekali-kali menyarung seluar dalam yang lembap.

Menggayakan seluar dalam mengundang risiko kerana akan merapatkan pori-pori. Sebaik-baiknya pakai seluar yang berasaskan fabrik lembut kerana ia akan memberi ruang kepada bahagian intim.

Gunakan panty liner setiap hari tetapi segera menanggalkannya apabila sampai di rumah.

Jangan membuat sesuatu yang boleh memberi jangkitan kepada vagina iaitu seperti menyemburkan pewangi, deodoran atau bedak.

Seandainya sedang dalam haid, anda disarankan untuk menggantikannya sekerap mungkin agar kebersihan vagina terjaga.