Hari ini asam keping nak kongsikan beberapa petua untuk suri rumah. Ada beberapa petua/tips/soalan yang selalu bermain di fikiran suri rumah. Mari kita baca.
1. Cara mengekalkan ketajaman pisau dan cara tepat mengasah pisau.
Terdapat pelbagai kaedah mengasah pisau. Antara yang disarankan adalah menggunakan pengasah keluli, batu pengasah dan juga peralatan pengasah yang berada di pasaran.
Untuk pengasah pisau keluli, pastikan keduanya dilaraskan secara bertentangan pada jarak 20 darjah dari mata pengasah dan tarik ke belakang manakala pengasah bertentangan supaya matanya bergeser.
Untuk batu pengasah pula, pastikan ia disapu minyak terlebih dahulu supaya memudahkan geseran. Bagi pengguna pengasah khas pula, ia lebih mudah di mana kedua-dua permukaan dapat ditajamkan secara serentak di tengah-tengah permukaan pengasah.
2. Cara yang betul membersihkan permukaan pintu kabinet.
Bagi pintu kabinet yang material UV deco panel mahupun akrilik, pastinya anda langsung tiada masalah untuk mengelap kerana strukturnya yang mudah untuk dibersihkan.
Hanya gunakan kain biasa dan lapkan segala kesan kotoran itu. Bagi material kayu solid atau melamin biasa, sebaiknya gunakan tuala lembap dan sapu mengikut ira kayu itu sendiri.
Ia mampu menanggalkan kotoran di celah kayu dalam masa yang sama masih mampu memelihara kayu lembut yang agak sensitif.
3. Lantai dapur yang sesuai untuk ruang dapur yang sederhana kecil.
Jika anda sedang memikirkan jenis lantai dapur untuk ruang dapur rumah anda dan dapur rumah anda bersaiz sederhana kecil. Di sini kami ada cadangannya.
Jubin bersaiz besar dengan permukaan rata paling sesuai digunakan di dapur anda. Elakkan jubin sedikit kesat kerana ia akan membuatkan dapur anda kelihatan tidak kemas dan kotor.
Jubin dengan permukaan tidak rata pula paling sesuai diaplikasikan di ruang luar kawasan dapur, khusus untuk kerja pembasuhan. Ia ternyata lebih selamat daripada permukaan yang rata.
Selamat mencuba.
05 November 2014
Cara Mengekalkan Ketajaman Pisau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment