Blog Asam Keping

Blog Asam Keping sebuah blog perkongsian petua-petua orang lama, berita terkini berkenaan gajet, berita semasa, kisah pada zaman dahulu, tips internet, dunia it dan pelbagai lagi.

Breaking

08 November 2014

Khasiat bawang putih sebagai Anti Jantung Koronari

Lemak, protein dan kolestrol berlebihan yang terdapat pada pembuluh darah adalah penyebab utama penyakit jantung koronari yang berupaya menyebabkan kematian secara mendadak.

Bawang putih adalah salah satu bahan yang dapat menghancurkan pembentukan kolestrol dari makanan seperti daging, telur dan udang malah komponennya berkemampuan untuk mengurangkan kadar gula dalam darah dan lemak, mencegah pembentukan lemak pada pembuluh darah selain menghalang pembentukan kolestrol.

Selain itu, bawang putih yang dikenali dengan nama botaninya Allium Sativum dapat
membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.Ia telah digunakan semenjak 510 sSM di China sebagai tumbuhan sihat untuk kesihatan manusia.

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih di dapati sangat baik untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser serta dapat mengurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan anti inflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

No comments:

Post a Comment