Calon Sijil Pelajaran Malaysia telah mula menduduki peperiksaan semalam 3 November 2014. Setelah hampir 2 tahun menelaah pelajaran, mengulangkaji kini telah tiba masa untuk mereka mengeluarkan apa sahaja yang telah dipelajari selama 2 tahun ini.
Mengikut angka yang dikeluarkan, seramai 455,839 pelajar diseluruh negara telah mula menduduki peperiksaan semalam.
Sedikit tips bagaimana menghadapi SPM 2014 telah dikongsikan oleh Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah untuk diamalkan calon.
Tips menghadapi SPM/STPM 2014:
1. Sempurnakan solat taubat, hajat & istikharah agar hati murni & mudah menjawab soalan dgn cemerlang.
2. Doakan ibubapa, guru-guru & kawan-kawan agar cemerlang dalam peperiksaan.
3. Pagar diri dengan Al-fatehah & Surah 3 Qul & tidur mengiring kekanan agar nyenyak tidur & terangsang minda.
4. Bangun tidur dgn senyuman, angkat tangan berdoa agar tenang & cemerlang dalam menjalani pepariksaan.
5. Sarapan pagi dgn sempurna agar cukup tenaga untuk hadapi peperiksaan.
6. Bersalaman dgn ibubapa, mohon restu & melangkah keluar rumah dengan KAKI KIRI DULU & berdoa.
7. Sepanjang perjalanan ke sekolah, berterusan berzikir (Subhanallah,
Alhamdulillah, Allahu Akbar) & membaca doa: Rabbi yassir wala
tu'assir, Rabbi tammim bil khoir.
8. Masuk dewan peperiksaan dengan Basmallah & selawat & melangkah masuk dgn kaki KANAN DULU.
9. SENYUM & baca doa penerang hati termasuk surah Al Insyirah.
10. Bila terlupa atau "black out", baca selawat banyak-banyak.
11. Jawab sebaik mungkin & bertawakkal kpd Allah.
Moga di rahmati Allah & cemerlang dalam peperiksaan.
Bagi ibu bapa pula sedikit amalan yang boleh dipraktikkan bagi membantu anak menghadapi peperiksaan hasil perkongsian Ustaz Zahazan Mohamed.
1. Ibu bapa bangunlah awal pada hari peperiksaan , buat solat hajat , sahur, puasa, doakan anak-anak serta semua orang Islam sepanjang berpuasa.
2. Banyakkan sedekah walaupun pada binatang.
3. Berikan anak minum air zamzam atau air masak dengan banyak.
4. Pastikan anak mendapat tidur yang cukup.
5. Amalkan ayat ke 74 Surah AlFurqan dan niatkan untuk anak semoga diberi idea , kefahaman dan kelancaran semasa menjawab soalan.
6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik, pesan pada mereka untuk membaca doa sebelum menjawab, berselawat bila menghadapi kesukaran dan petua lain yang diketahui.
7. Ingatan kepada ibu bapa supaya tidak menjadikan anak stress dengan permintaan luar biasa. Memadailah dengan kata-kata semangat, doa dan motivasi bagi peniup semangat mereka.
Surah atau ayat yang boleh diamalkan :
a) Surah Alam Nasyrah
b) Surah Al Hasyr Ayat 21-24
c) Surah Ar-Rahman Ayat 1-13
Niatkan semoga mudah anak mendapat ilmu, mudah menjawab dan beroleh kecemerlangan.
Semoga semua terus diberkatiNya. Selamat berjaya kepada semua calon SPM 2014 serta ibu bapa dan keluarga.
04 November 2014
Selamat Berjaya Kepada Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 Dan Tips menghadapi peperiksaan
Tips menjawab soalan peperiksaan spm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment