SHENYANG - CHINA. Seorang pemandu teksi memegang rekod selfie terbanyak
di China selepas mengambil 30,000 foto selfie bersama penumpangnya.
Menurut Dailymail, Teng Jiazhi, ilham selfie lahir selepas terdapat
penumpang yang mahu memberikan 'tip' selepas menaiki teksi beliau.
"Saya tak ambil tip," kata Teng yang berumur 58 tahun.
"Jadi penumpang tersebut tawar ambil gambar selfie, jadi saya pun turut serta. Itu selfie saya yang pertama," jelasnya lagi.
Sejak itu, Teng yang mula bekerja seawal jam tiga pagi mula menyimpan
kamera dan menangkap beribu-ribu gambar penumpangnya yang gembira dengan
tawaran selfie beliau.
Beliau kemudian mengkongsikan selfie yang diambil ke laman sosial popular Weibo dan mula dikenali ramai.
Terdapat penumpang yang mengatakan Teng mempunyai senyuman yang manis.
"Apa salahnya hidup gembira setiap hari?
"Saya akan cuba menghiburkan penumpang saya melalui perbualan, menyanyi
atau membuat lawak supaya mereka juga gembira," kata Teng.
Sumber : www.sinarharian.com.my
24 April 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment