Blog Asam Keping

Blog Asam Keping sebuah blog perkongsian petua-petua orang lama, berita terkini berkenaan gajet, berita semasa, kisah pada zaman dahulu, tips internet, dunia it dan pelbagai lagi.

Breaking

13 November 2014

Air Merupakan Produk Kecantikan Kulit Semulajadi

70% dari tubuh manusia mengandungi air. Oleh itu, kesihatan amat bergantung kepada kualiti air yang masuk ke dalam tubuh kita. Secara saintifik air dipanggil H2O. Iaitu ia bermaksud 2 bahagian hidrogen dan 1 bahagian oksigen. Tanpa air yang mencukupi sistem badan kita tidak akan dapat berjalan dengan lancar. Secara langsung kecantikan dan kesegaran wajah juga akan merosot.

Air merupakan sumber kecantikan semulajadi. Berikut adalah manfaat air sebagai produk kecantikan semulajadi kepada manusia jika anda pandai menggunakannya.

1. Air sebagai produk kecantikan menambahkan seri.

Jika tubuh terhidrat elok di dalam, kulit akan terlihat segar dan berseri. Pakar nutrisi Keri Glessman dan juga penulis The O2 Diet menyarankan kita minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari. Kita memang sentiasa mendengarnya. Namun wanita yang mengamalkannya pasti setuju dengan amalan tersebut.

2. Air sebagai sumber kecantikan bagi menegangkan kulit.

Sejak berabad dahulu, penduduk Eropah Barat sering melakukan terapi air untuk menyahtoksin dan menegangkan kulit mereka. Prosesnya dengan sesi di bilik stim untuk membuka pori-pori. Kemudian mereka berendam di dalam kolam sejuk untuk memberi 'kejutan' pada kulit. Anda juga boleh mencubanya di rumah sendiri. Cuma rendamkan tuala wajah ke dalam air hangat. Tekapkan tuala tersebut ke wajah selama beberapa minit. Kemudian cuci wajah dengan air suam. Seterusnya percikkan air ais pada wajah selama 15 minit. Ia sangat berkesan untuk menegangkan kulit muka walaupun kelihatan tradisional.

3. Air sebagai produk kecantikan semulajadi yang dapat memperbaiki kompleksi.

Tidak kisah apa jua jenis kulit anda, tentu ada sumber air semulajadi dari seluruh dunia yang sesuai untuk kulit anda. Bahkan sumber air ini mungkin mempunyai aksi yang sama dengan produk kecantikan yang anda beli. Antara produk sumber air mineral yang banyak dijual adalah Evian dan Avene. Semburkan ke wajah dan khasiatnya mampu menyegar dan merawat kulit.

4. Tambahkan sinar rambut dengan air.

Para pendandan rambut telah sependapat selama bertahun-tahun bahawa bilasan air sejuk akan menghasilkan rambut yang bersinar. Ini kerana suhu air yang sejuk ini dapat menegangkan lapisan kutikel rambut. Rambut lebih kuat, lembut dan berkilat serta tidak berminyak.


No comments:

Post a Comment