Membina list yang responsif memerlukan perancangan yang agak
teliti. Bukan terlalu teliti tetapi hanya sekadar sederhana sahaja. Kita sudah
tahu kebaikan untuk membina list yang responsif. Sekarang, saya akan tunjukkan
langkah demi langkah bagaimana anda hendak membina list yang responsif.
Pertama: Ketahui
Latar Belakang Pelanggan Anda.
Untuk memastikan segala keinginan subscriber anda tertunai,
kita perlu lakukan sedikit siasatan rambang mengenai personaliti subscriber
anda berdasarkan produk atau niche anda.
Katakan
anda mengumpul list dalam niche kuruskan badan. Anda boleh senaraikan seberapa
banyak kriteria yang mungkin ada pada mereka yang ingin menguruskan badan.
Contohnya di bawah:
- Kebanyakan orang gemuk adalah pendiam dan seorang yang gembira.
- Mungkin perempuan atau lelaki.
- Mungkin isteri yang berumur 30 tahun ke atas.
- Kalau lelaki mungkin mengalami obesiti dari kecil atau selepas perkahwinan.
- Sifat seorang yang mengalami obesiti adalah
- Mudah sensitif
- Rendah diri.
- Pendiam.
- Menyembunyikan perkara sebenar.
- Sentiasa bernafsu untuk makan.
- Sentiasa berada di dalam dilemma.
- Tidak aktif bersukan.
- Biasanya seorang yang bijak. Namun, kebanyakan darinya adalah kurang bijak dan malas.
- Melakukan pekerjaan yang tidak memerlukan tenaga.
- Amat tidak selesa jika di beri tekanan.
- Tidak ada masa untuk melakukan senaman.
Senarai
kriteria di atas adalah contoh kriteria bagi bakal subscriber saya dalam
bahagian niche kuruskan badan. Selepas itu, saya perlu kecilkan lagi skop subscriber
saya.Katakan produk yang saya keluarkan adalah berbunyi begini, Program kuruskan badan melalui senaman.
Beradasarkan tajuk ebook saya, saya akan ramalkan golongan
mana yang akan membeli ebook tersebut dari saya. Saya kecilkan skop di atas
kepada senarai di bawah.
- Golongan remaja dan lelaki. Perempuan selalunya tidak berminat untuk melakukan senaman terutamanya seorang suri rumah.
- Mereka yang mempunyai banyak masa. Senaman memerlukan banyak masa untuk di adaptasikan dan sudah tentu mereka yang mempunyai banyak masa akan membeli produk ini.
- Sudah bersedia sepenuhnya. Tajuk pada ebook ini menunjukkan bahawa mereka yang bersedia untuk memberi komitmen sahaja yang berminat untuk membelinya. Mereka bersedia untuk lakukan apa sahaja yang perlu untuk menguruskan badan.
Amat penting untuk kita mengetahui dengan jelas apa yang
subscriber kita mampu lakukan supaya apabila kita menghantar emel kepada
mereka, kita akan menggunakan ayat-ayat yang tepat. Berdasarkan kriteria yang
saya tulis di atas, saya faham bahawa mereka yang berbadan besar ini sensitif.
Jadi, ketika saya hendak menghantar emel kepada mereka, saya tidak akan
sesekali mengecilkan hati mereka. Dengan ini, list saya akan menjadi lebih responsif dari biasa.
Kedua : Menghantar Emel Yang Menggoda.
Langkah
kedua adalah menghantar emel yang menggoda. Dalam melakukan godaan, anda perlu
berfikiran seperti seorang professional. Ini untuk mengelakkan masalah di
kemudian hari. Apabila anda menggoda pelanggan dengan sesuatu yang anda tidak
dapat tunaikan, ia pasti akan menyusahkan anda di kemudian hari.
Teknik
menggoda ada beberapa bahagian yang anda perlu beri perhatian. Berdasarkan
kriteria yang saya senaraikan di atas, saya tahu dengan jelas apa yang
subscriber saya mahukan. Ada 3 langkah yang selalunya akan menyebabkan manusia
tergoda.
Langkah
tersebut adalah.
- Percuma
- Mudah.
- Cepat.
Sekarang,
berdasarkan kriteria dalam langkah pertama, saya pilih beberapa jenis kriteria
untuk jadikan senjata dalam membentuk emel menggoda. Kriteria tersebut adalah
sensitif, ingin kurus, tidak ada masa dan seorang yang bijak.
Sekarang,
saya gabungkan 3 langkah menggoda dengan kriteria yang saya pilih untuk
membentuk satu emel yang menggoda dan seterusnya membentuk satu list yang
sangat-sangat responsif.
Lihat contoh emel di bawah.
[Badan Kurus] Tips
pertama untuk kuruskan badan.
Assalammualaikum
{First_name}
Harap sihat selalu.
Anda ingin kurus?
Begitu juga dengan saya.
Saya selalu menganggap
untuk kuruskan badan,
saya perlu berusaha
kuat. Sebenarnya tidak, kerana,
untuk kuruskan badan ,
saya hanya perlu menjalani
beberapa prosedur yang
ringkas sahaja.
Dengan mengikuti
prosuder ini saya berjaya
mengurangkan berat
badan sebanyak 5 KG dalam
3 hari sahaja. Saya
sungguh terkejut kerana prosuder
yang saya jalani
adalah tersangat ringkas dan saya
langsung tidak
mengjangka bahawa kesannya
secepat ini.
Saya langsung tidak
mengambil sebarang ubat dan
ia berlaku dalam
keadaan semulajadi. Saya juga tidak
mengeluarkan sebarang
kos ketika mengikuti prosuder ini.
saya harap anda juga
boleh mencuba prosuder ini
[Di sini anda letakkan
link ke blog atau link download untuk
pdf]
Saya harap anda mencuba dan memberi maklum balas
Kepada saya.
Analisis Emel Di Atas.
Jika anda perhatikan emel di atas, saya terapkan segalam
prosuder untuk menggoda pelanggan dan juga menyentuh sifat peribadi subscriber
saya. Jangan terkejut jika saya mengatakan bahawa saya berjaya memperoleh
berates-ratus maklum balas berdasarkan emel ringkas di atas. Yang pasti, saya
telah memberi tanggapan yang baik pada subscriber saya.
Untuk memastikan anda sentiasa rapat dengan mailing list
anda, anda juga boleh sentiasa menghantar emel menggoda ini kepada list anda.
Untuk kesan lebih mantap, sentias bertanyakan perkembangan mereka yang telah
mencuba teknik yang anda cadangkan.
Langkah Ketiga :
Jadikan List Sebagai Rakan Anda.
Subscriber anda juga merupakan manusia dan mereka suka
berinteraksi dan berkongsi masalah. Untuk mengambil sifat manusia yang lemah
ini, anda boleh menjadikan mereka sebagai rakan. Caranya adalah dengan membuka
akaun facebook, twitter atau blog khas untuk mereka.
Hantar satu emel kepada subscriber anda dan jemput mereka
untuk menjadi rakan anda di laman web sosial. Percayalah, mereka amat berterima
kasih dengan anda kerana menjemput mereka untuk berkongsi masalah dengan anda.
Selepas itu, anda ulang langkah pertama hingga ketiga. Lama kelamaan, list anda
akan menjadi sangat responsif.
No comments:
Post a Comment