- Anda bina fanpage berasaskan perniagaan. Kemudian anda gunakan facebook ads untuk cari bilangan like sebanyak mungkin. Di fanpage, anda promosikan produk perniagaan anda. Wang yang anda dapat, anda gunakan sebahagiaannya untuk meningkatkan bilangan like. Apabila sudah sampai peringkat keuntungan yang anda mahu, anda berhenti. Saya nasihatkan anda untuk memiliki satu fanpage bagi setiap niche perniagaan anda.
- Anda bina squeeze page dan promosi squeeze page anda menggunakan facebook ads. Promosi produk perniagaan anda melalui pemasaran emel. Cari seramai mungkin subscriber menerusi facebook ads.
- Anda join affiliate dan promosi produk affiliate menerusi facebook ads. Anda pilih produk affiliate yang ada potensi yang besar untuk terjual dan promosikannya secara serius menggunakan facebook ads. Wang keuntungan yang anda dapat, anda laburkan ia untuk perkembangkan perniagaan affiliate anda.
- Anda beli produk yang ada lesen RR , MRR atau PLR dan jual ia melalui facebook ads. Sebelum itu, pastikan produk tersebut bermutu dan ada permintaan.
- Anda jual produk secara dropship. Anda cari produk – produk yang anda permintaan, cari pembekal produk yang menawarkan perkhidmatan dropsip dan jual produk tersebut melalui facebook ads.
- Anda buka perkhidmatan mencari like menggunakan facebook ads. Anda belajar cara terbaik menggunakan facebook ads. Kemudian, anda buka perkhidmatan mencari like pada pemilik fanpage. Bukan semua orang ada masa untuk belajar menggunakan facebook ads. Jadi, mereka lebih suka mengupah orang yang pakar untuk lakukan kerja bagi pihak mereka.
- Anda lihat apa yang sedang popular di facebook dan buat duit berdasarkannya. Contohnya anda lihat trend orang yang suka komen ‘ first’. Dari sini anda boleh buat duit dengan baju tertulis ‘ I used to comment first at facebook’. Promosikan produk anda menggunakan facebook ads.
No comments:
Post a Comment